Aug 28, 2006

edisi panjang: ma ma'na PSIKOLOGI???

Psikologi :)

Tersenyum bila ada yang kata belajar psikologi ni tahu baca fikiran orang. Iye ke?? Haha..kalau begitu, dah tentu pelajar psikologi ada chance buat klinik dukun dan bomoh sendiri. Iyelah, dah tahu menilik. Banyak dapat duit tu :)

Orang kita kan nak mudah, suka ramalan. Taknak bersusah..hehe :)

Ramai yang kompius. Paling syok bila ada kata orang psikologi ni kejanya jadi doktor :) Iya, doktor otak, bu.

So, apa itu psikologi?

Ilmu ini merangkumi dua bidang ini: falsafah dan fisiologi. Jadi, bukanlah sains secara total, masih berdebat dengan segala teori dan berfalsafah. Buka tutup hypotesis :)

Orang kampung kata "psikologi ialah pembelajaran dan kajian ke atas proses mental dan sifat manusia secara saintifik"

Mudahnya, psikologi mengkaji manusia. Kaji ngape perangai seseorang jadi begitu, dan apa proses yang terlibat.

Pernah dengar Skizofrenia? Alzheimer? Dementia? TAK PERNAH? Erm, camnilah, pernah dengar orang gila? Pernah? hehe :p

..itu sebahagian yang dikaji dalam buku psikologi abnormal. Lawannya normal, kita lah tu :)

Pernah dengar tentang Ibnu Sereen dan tafsir mimpi? Ini dalam psikologi Islam

Pernah dengar tentang proses tumbesaran manusia? Dari bayi sampai peringkat tua? Ini dalam psikologi perkembangan manusia.

Pernah tahu tak tentang efek dadah pada otak? Juga tentang tindakan dan rembesan hormon dalam badan?

Ha, pernah tahu tak kenapa sifat orang lelaki dan perempuan berbeza? Part mana dalam otak yang berfungsi dalam persamaan dan perbezaan watak? Ilmu tu boleh dapatkan di dalam psikologi fisiologi.

Pernah dengar juga tak pasal introvert dan ekstrovert personality? Ia dalam psikologi Personaliti.

Itu semuanya sebahagian dari psikologi. Semua tentang manusia. Yang lebih menarik, berkolaborasi di mana juga. Bidang sukan, kerja pejabat, orang kampung, anak-anak kecil, hatta ke Hospital Permai.

Bukan tahu membaca minda :)

Bila dah belajar tanda-tanda orang yang tertekan, bisa bantu dia supaya tenang kembali. Bila dah tahu sifat orang fobia, boleh bantu dia hilangkan ketakutan pada sesuatu benda. Bila tahu psikologi tumbesaran kanak-kanak, boleh menjadi ibu dan bapa yang baik. Bila dah tahu bagaimana nak mewujudkan keseimbangan dalam syarikat yang lintang pukang, ada latihan yang psikologist akan berikan.

Menariknya. Belajar psikologi membawa satu rasa takjub dan insaf tentang bagaimana kita semua bermula. Dari detik pencantuman benih, ke rahim ibu, membesar di alam bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa hingga tua secara saintifik.

Yang dah pun Allah bagitahu dalam Al-Quran :)

Menarik juga bila tahu bagaimana proses memori, kognitif, logikal dan segala proses di minda berlaku.

Itulah psikologi. Untungnya dapat belajar. Biar bukan jurusan sains tapi rasa terpimpin oleh Tuhan untuk mengenal siapa itu insan. Yang leka, diingatkan. Yang sakit, dibantu ubati. Yang malas, dimotivasi. Yang sedih diceria kembali.

Membina hablu minAllah dan habluminannas. Rangkaian kita semua yang berTuhan :)

wassalam.

1 comment:

hening sept said...

i'm studying computer science but i'm very interested in psychology :)